Keberanian seorang anggota polis, Sarjan Mat Shah Kasim yang menyelamatkan dua mangsa kebakaran di Kampung Seberang Batu Hampar, Rembau 4 Mac lalu mendapat perhatian Kementerian Dalam Negeri.
Mat Shah, 57 tahun yang bakal menamatkan khidmat sebagai anggota polis pada November depan, selepas 39 tahun berkhidmat, menerima sijil penghargaan daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.